Nota Aug (3) - Ustaz Dr. Firdaus : Anak2 adalah Tetamu Istimewa, Bila Iman Benar Tertanam di Hati

 Anak-Anak adalah Tetamu Istimewa

Semalam sempat berbual dengan isteri tentang tarbiah anak-anak. Bagaimana kehadapannya? Apa yang perlu dibuat agar anak-anak memperoleh tarbiah yang cukup sehingga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Pagi tadi, facebook tiba-tiba keluarkan status lama saya tentang anak-anak. Saya cuba repost untuk ingatkan diri sendiri.

Berikut beberapa point yang saya tulis dalam post tersebut :

1. Anak-anak kita adalah anugerah Allah kepada kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka adalah bahan ujian bagi kita.

2. Anak-anak itu satu hari akan meninggalkan kita atau kita sendiri yang lebih dahulu meninggalkan mereka. Yang pasti suatu hari kita akan berpisah daripada mereka.

3. Ada ungkapan cantik daripada Syeikh Muhammad Ratib al Nablusi tentang anak-anak kita ini. Renungkanlah ungkapannya ini dengan baik. Kata beliau:

"Anak-anak kamu adalah tetamu-tetamu kamu di rumah kamu. Layanlah mereka dengan baik sehingga mereka terkenang-kenang dengan layanan kamu yang baik itu."

4. Jaga anak-anak kita dengan baik dan didik mereka. Bersabarlah dengan kerenah dan tingkah laku mereka. Kita tidak akan lama bersama mereka. Mereka hanya sementara. Ujian Allah daripada mereka pasti akan berakhir juga suatu hari.

5. Apabila kita dapat bersabar menghadapi mereka, maka hasil yang cantik yang akan kita dapatkan nanti. Sabar itu cantik.

Wallahu A'lam

.................................................................

Tadabbur Surah Al-Baqarah 2 : Apabila Iman Benar Tertanam Di Hati

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ

(yaitu) mereka yang beriman kepada yang gaib, melaksanakan shalat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka,

-Surah Al-Baqarah, Ayah 3

Tadabbur :

1. Pada asasnya iman bermaksud meyakini perkara yang gaib menjadi nyata dan jelas dalam diri seorang mukmin.

2. Orang yang berjaya mempunyai prinsip iman yang jelas dan memberi kesan positif pada personalitinya.

3. Prinsip iman yang jelas membantu seseorang untuk mengambil keputusan dan tindakan yang tepat.

4. Iman yang jelas melahirkan hubungan yang baik dengan Allah dalam bentuk solat dan hubungan dengan manusia dalam bentuk infak.

5. Iman, solat dan infak perlu dibungkus oleh prinsip penghambaan diri makhluk kepada Khaliq, iaitu Allah swt.

****

Comments