Posts

Showing posts from August, 2020

Nota August (9) - Ustaz Firdaus - Takdir, Syukur, Cinta Al Quran

  JIKA SUDAH TAKDIRMU, IA TIDAK AKAN KEMANA Mari kita sama-sama tadabbur ayat berikut ini. Iaitu surah (Fāţir):2. Allah berfirman : "Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Pelajaran daripada ayat di atas: + Yakinlah pada Allah. Segala sesuatu di bawah kuasa dan pengawasanNya. Tiada yang luput daripada pemerhatianNya. + Usah takut rezeki kita diambil orang. Jika memang sudah rezeki kita, ia pasti akan sampai pada kita, sama ada cepat atau lambat. + Sesuatu yang tidak kita peroleh lagi, bukan bermakna ia bukan rezeki kita. Ia juga rezeki kita. Cuma Allah sedang tahannya daripada kita. Apabila itu berlaku, hisab diri kita. Barangkali ada sesuatu yang kita lakukan, yang menyebabkan rezeki itu terhalang daripada kita. + Ingatlah setiap perkara yang ditetapkan All...

Nota August (8) - Ustaz Firdaus - Ilmu-Ilmu Alat Untuk Faham Al-Quran

  Ilmu-Ilmu Alat Untuk Faham Al-Quran *** Al-Quran bermakna bacaan. Dengan erti kata, untuk memperoleh manfaat daripada Al-Quran, kita perlu membacanya. Agar bacaan kita terhadap Al-Quran lebih memberi manfaat, maka kita perlu menttadabburinya. Tadabbur bermaksud berusaha memahami dan menghayati isi kandungan ayat-ayat Al-Quran. Agar tadabbur kita menjadi lebih baik, kita perlu mempunyai ilmu-ilmu alat yang membantu kita mudah memahami dan mengambil pelajaran daripadanya. Antara ilmu alat yang perlu dikuasai untuk faham Al-Quran adalah : 1. Ilmu Sorof dan Isytiqaq 2. Ilmu Nahu dan I'rab 3. Ilmu Balaghah 4. Ulumul Quran 5. Tafsir Al-Quran *** Akademi Bahasa Al-Quran Al-Firdausi atau ABQAF berusaha menyediakan kelas-kelas yang mengajarkan ilmu-ilmu alat di atas agar masyarakat semakin memahami dan menghayati Al-Quran. Antara kelas tersebut adalah : 1. Kelas Asas Bahasa Arab Al-Quran. Kelas memberikan asas penting yang perlu dikuasai setiap orang yang ingin menguasai ilmu sorof, ilmu ...

Nota Aug (7) - Ustaz Dr. Firdaus - Dosa, Penyakit Utama Umat Akhir Zaman

  1 Dosa Dengan Manusia Lebih Berat Daripada 70 Dosa Dengan Allah Taala Imam Sufyan Ath-Thauri berkata : "Jika engkau bertemu Allah Ta'ala dengan 70 dosa engkau denganNya adalah lebih ringan bagi engkau dibanding kan jika engkau bertemuNya dengan satu dosa engkau dengan hambaNya." __________________________________________ 2 Penyakit Utama Manusia Akhir Zaman Dengan pengutusan nabi Muhammad saw sebagai nabi akhir zaman, maka secara outomatik kita menjadi umat akhir zaman. Sebag ai umat akhir zaman, kita telah diramalkan oleh Allah dan rasulNya akan berhadapan Allah 2 penyakit utama yang mudah berjangkit. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah Al-Anbiya' ayat 1: ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِي غَفۡلَةٖ مُّعۡرِضُونَ Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat). -Surah Al-Anbiya', Ayat 1 Berdasarkan firman Allah di atas, telah dekat hari perhitungan amal manusia...

Nota Aug (6) - Ustaz Dr. Firdaus - 7 Peristiwa Sejarah Penting Terjadi Pada Bulan Muharram , Hadis tentang Muharram

  7 Peristiwa Sejarah Penting Terjadi Pada Bulan Muharram. Bulan Muharram adalah bulan yang penuh sejarah. Banyak peristiwa penting yang terjadi padanya. 1.  Taubat Nabi Adam As Diterima Allah Swt 2. Kapal Nabi Nuh As Berlabuh Di Bukit Juudi 3. Nabi Ibrahim As Selamat Daripada Seksaan Namrud. 4. Nabi Yusuf As Dikeluarkan Dari Penjara. 5. Nabi Yunus As Selamat Keluar Daripada Perut Ikan Paus. 6. Penyakit Nabi Ayyub As Disembuhkan Allah Swt. 7. Nabi Musa dan Kaumnya Selamat Daripada Firaun dan Bala Tenteranya. *********************************************************************************** Apakah pelajaran paling besar daripada hijrah? Pelajaran hijrah paling besar tetap "Jangan Bersedih" selama Allah masih bersamamu. Jangan takut siapa pun selama kamu berada dalam kebenaran. Ketika hatimu penuh dengan keyakinan kepada Allah, hilanglah segala ketakutan, menjadi ringan lah segala kesusahan dan kamu akan berada dalam penjagaan Yang tidak pernah lalai dan tidur. ***************...

Nota Aug (5) - Ustaz Dr. Firdaus - Tadabbur : Tabah Masa Ditolak, Dari Satu Jiwa , 5 Tanda Hati Mencintai Al Quran

  Tadabbur: Tabah Masa Ditolak ===================≠===== Allah berfirman: (فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ) [Surat At-Tawbah 129] "Maka jika mereka berpaling, maka katakanlah: Hasbiyallah Lailaha Illa Huwa, 'Alaihi Tawakkaltu Wahuwa Rabbul 'Arsyil 'Azim". ------------- 1. Tidak semua orang akan setuju dan menyokong kita. Akan ada sahaja orang yang tidak setuju dan menentang kita. 2. Apabila ada golongan yang tidak setuju dengan kita, jangan patah semangat. Sabar dan tabahkan diri. Buat dan sampaikan sahaja apa yang patut. 3. Selepas buat dan sampaikan apa yang patut, serahkan diri dan usaha kita itu kepada Allah. Ikhlaskan apa yang kita buat itu keranaNya dan meraih redhaNya. 4. Jangan bergantung kepada orang, bahkan tidak boleh juga bergantung dengan diri kita sendiri dan usaha kita. Bergantunglah hanya kepada Allah. Cukupkan diri dengan Allah dan anugerah yang akan Dia b...

Nota Aug (4) - Ustaz Dr. Firdaus - Kemanisan solat, zikir + Al Quran, Keyakinan Kunci Kejayaan

Cari Kemanisan Pada 3 Perkara Di mana kemanisan anda temukan? Pada makanan? Pada melancong? Pada beriadah? Pada bersembang dengan kawan? Apabila seseorang han ya merasakan kemanisan hidup pada perkara duniawi, seperti di atas, maka sesungguhnya dia telah tertipu. Kemanisan hidup yang hakiki ada pada 3 perkara berikut. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Iman Al-Hasan Al-Basri. تفقدوا الحلاوة في ثلاثة أشياء: في الصلاة، وفي الذِّكر، وفي قراءة القرآن .. فإن وجدتم وإلاَّ فاعلموا أنَّ الباب مغلق ! "Carilah kemanisan pada 3 perkara : (1) Pada solat, (2) Pada berzikir, (3) Pada membaca Al-Quran. Maka jika kamu menemukannya, (beruntunglah kamu). Jika tidak, maka ketahuilah pintu (kemanisan itu) tertutup." Ertinya, orang yang tidak merasakan kemanisan pada salah satu daripada 3 perkara itu, maka pintu kemanisan hakiki telah tertutup daripadanya. Selain itu, ini menunjukkan bahawa amal ibadah seperti solat, zikir dan membaca Al-Quran itu mempunyai rasa tersendiri. Ia hanya dirasakan oleh o...

Nota Aug (3) - Ustaz Dr. Firdaus : Anak2 adalah Tetamu Istimewa, Bila Iman Benar Tertanam di Hati

  Anak-Anak adalah Tetamu Istimewa Semalam sempat berbual dengan isteri tentang tarbiah anak-anak. Bagaimana kehadapannya? Apa yang perlu dibuat agar anak-anak m emperoleh tarbiah yang cukup sehingga mereka berjaya di dunia dan akhirat. Pagi tadi, facebook tiba-tiba keluarkan status lama saya tentang anak-anak. Saya cuba repost untuk ingatkan diri sendiri. Berikut beberapa point yang saya tulis dalam post tersebut : 1. Anak-anak kita adalah anugerah Allah kepada kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka adalah bahan ujian bagi kita. 2. Anak-anak itu satu hari akan meninggalkan kita atau kita sendiri yang lebih dahulu meninggalkan mereka. Yang pasti suatu hari kita akan berpisah daripada mereka. 3. Ada ungkapan cantik daripada Syeikh Muhammad Ratib al Nablusi tentang anak-anak kita ini. Renungkanlah ungkapannya ini dengan baik. Kata beliau: "Anak-anak kamu adalah tetamu-tetamu kamu di rumah kamu. Layanlah mereka dengan baik sehingga mereka terkenang-kenang dengan layanan kamu yang b...

Nota Aug (2) - Ustaz Dr. Firdaus : Sombong menghalang Bakti kepada Ibu Bapa, Al Quran Bisikan Illahi

  Tadabbur: ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MAMPU BERBAKTI KEPADA IBU BAPA Allah berfirman: (وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا) [Surat Maryam 14] "Dan (Nabi Yahya) berbakti kepada ibu bapanya dan dia bukanlah seorang yang sombong lagi derhaka." 1. Nabi Yahya a.s adalah antara contoh anak yang berbakti kepada ibu bapanya. 2. Sebagaimana maklum, nabi Yahya lahir ketika ibu bapanya (Nabi Zakaria) telah lanjut usia. Beliau membesar dengan kasih sayang yang penuh dan didikan yang terbaik. 3. Nabi Yahya a.s membalas kasih sayang ibu bapanya itu dengan bakti dan ihsan yang tidak ada tolak ukurnya. Beliau jaga ibu bapanya dengan penuh kasih sayang. 4. Apa yang membuat mudah bagi nabi Yahya a.s berbakti kepada ibu bapanya? Ia adalah kesucian hatinya daripada rasa angkuh, sombong dan derhaka. Hati beliau penuh dengan ketawaduan, ketaatan dan kepatuhan. 5. Boleh dikatakan, tidak akan berjaya dan sempurna bakti seseorang kepada ibu bapanya, jika dia mempunyai sifat angkuh,...

Nota Aug (1) - Ustaz Dr. Firdaus : Optimis ,Cara Perkasakan Al Quran, 3 Musuh Utama Manusia , Sunatullah Dlm menuntut Ilmu

  Ustaz Dr. Firdaus Sulaiman Like Page Optimis Dalam Hidup 1. Optimis tidak bermakna seseorang itu tidak merasa sakit, tidak merasa penat dan tidak menangis. 2. Orang optimis turut merasakan sakit, p enat dan menangis apabila menghadapi ujian yang datang melanda. 3. Namun rasa sakit, penat dan tangisan itu dihapus dengan rasa redha terhadap ketentuan ilahi dan yakin bahawa Dia pasti memberi yang terbaik untuk dirinya atau menggantinya dengan yang lebih baik. Allah berfirman: "Allah pasti akan menjadikan selepas kesusahan akan ada kemudahan". Surah al Talaq ayat 7 Wallahu A'lam ------------------------------------------------------------------------------------------------------- 5 Cara Memperkasakan Hubungan Dengan Al-Quran ==================================== Al-Quran adalah surat cinta Allah kepada umat manusia. Dalamnya terzahir betapa istimewanya manusia ini di sisiNya. Dia anugerahkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Namun sayan...