Nota September (1) - Ustaz Firdaus - Tutup Tangan ke Mulut, Islam Pentingkan Pendamaian, Mahal Harga Keharmonian

 Apa maksud "Menutupkan Tangannya Ke Mulutnya"?

Allah berfirman :
أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَبَؤُاْ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ قَوۡمِ نُوحٖ وَعَادٖ وَثَمُودَ وَٱلَّذِينَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ لَا يَعۡلَمُهُمۡ إِلَّا ٱللَّهُۚ جَآءَتۡهُمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَٰتِ فَرَدُّوٓاْ أَيۡدِيَهُمۡ فِيٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَقَالُوٓاْ إِنَّا كَفَرۡنَا بِمَآ أُرۡسِلۡتُم بِهِۦ وَإِنَّا لَفِي شَكّٖ مِّمَّا تَدۡعُونَنَآ إِلَيۡهِ مُرِيبٖ
Apakah belum sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (yaitu) kaum Nuh, ‘Ad, ¤amµd dan orang-orang setelah mereka. Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah. Rasul-rasul telah datang kepada mereka membawa bukti-bukti (yang nyata), namun mereka menutupkan tangannya ke mulutnya (karena kebencian), dan berkata, “Sesungguhnya kami tidak percaya akan (bukti bahwa) kamu diutus (kepada kami), dan kami benar-benar dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap apa yang kamu serukan kepada kami.”
-Surah Ibrahim, Ayah 9
Menurut Imam Ibn Kathir, ulama tafsir berbeza pendapat tentang maksud "menutupkan tangan mereka ke mulut mereka" pada ayat 9 surah Ibrahim di atas.
1. Mereka menyuruh nabi untuk diam.
2. Mereka tidak percaya kepada nabi.
3. Mereka tidak mahu menyahut seruan nabi.
4. Mereka membalas seruan nabi dengan kata-kata kasar.
Wallahu A'lam

......................................................

Islam Pentingkan Perdamaian
Lama bercuti mengajar di masjid Al Ghufran, Pinggir TTDI, Kuala Lumpur. Hari ini kelas kembali bermula.
Hari ini kami menyambung perbincangan tentang surah Al-Anfal, iaitu ayat 61-64. Berikut sedikit petikan daripada perkongsian tadi.
Ayat-ayat ini mengandungi panduan Allah kepada nabi Muhammad khususnya dan umat Islam umumnya apabila berlaku permintaan perdamaian atau gencatan senjata daripada pihak musuh atau kafir harbi.
Allah berfirman :
۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ
Tetapi jika mereka condong kepada perdamaian, maka terimalah dan bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
-Surah Al-Anfal, Ayah 61

Berdasarkan ayat di atas, apabila musuh hendak berdamai, maka kaum Muslimin hendaklah menerimanya, sebab Islam itu agama cinta damai.

Usaha perdamaian bukanlah perkara yang senang, banyak cabarannya, terutama cabaran dari dalam. Cubalah tepis cabaran itu dengan menguatkan rasa tawakal diri kepada Allah swt.

Bagaimana hendak menguatkan rasa tawakal itu? Caranya adalah dengan berdoa dan menguatkan keyakinan serta pergantungan kepada Allah swt. Berdoalah dengan menyatakan apa yang terbuku di hati dan minta agar Allah menyelesaikannya. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa dan rintihan hati hambanya yang berharap kepadaNya.

Namun demikian, pasti akan muncul juga kerisauan tentang motif perdamaian yang ditawarkan musuh. Barangkali mereka mahu berdamai hanya kerana menipu atau strategi untuk perang mereka.
Allah berfirman :
وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan jika mereka hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu. Dialah yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolongan-Nya dan dengan (dukungan) orang-orang mukmin,
-Surah Al-Anfal, Ayah 62
Ayat ini memberi bimbingan kepada nabi saw agar meneguhkan keyakinannya kepada perlindungan Allah swt dan kebergantungannya kepadaNya.
Kesudahannya, yang benar-benar membantu dan menolongnya hanyalah Allah dengan menggerakkan orang-orang beriman untuk menyokongnya.
Dengan ini, Allah amat menggalakkan Rasulullah saw menerima langkah perdamaian daripada musuhnya walau pun ada kerisauan-kerisauan yang muncul.
Wallahu A'lam

.......................................................................................

Betapa Mahal Harga Satu Keharmonian
Mukmin sebenar tidak suka gaduh dan pertengkaran. Dia lebih suka keharmonian dan kedamaian.
Mukmin sesama mukmin semestinya bersatu hati, bekerjasama dan sokong menyokong antara satu sama lain sehingga terwujud keharmonian dan kesatuan hati.

Keharmonian dan kesatuan hati adalah suatu yang mahal. Allah berfirman :
وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٞ
dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana.
-Surah Al-Anfal, Ayah 63

Keharmonian dan kesatuan hati lebih mahal daripada dunia dan segala isinya.
Oleh itu, apabila hidup kita dikurniakan Allah keharmonian dan kedamaian dengan pasangan, keluarga dan orang lain, bermakna kita telah memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada dunia dengan segala isinya. Bersyukurlah banyak-banyak kepada Allah dengan bertasbih dan memujinya.
Subhanallah Walhamdulillah.

Semoga sesiapa yang membaca tulisan ini dianugerahkan Allah keimanan yang dan keharmonian dalam hidupnya.
Aamin ya Rabbal alamin

..................................................................























Comments