Nota Aug (7) - Ustaz Dr. Firdaus - Dosa, Penyakit Utama Umat Akhir Zaman
1 Dosa Dengan Manusia Lebih Berat Daripada 70 Dosa Dengan Allah Taala
Imam Sufyan Ath-Thauri berkata :
"Jika engkau bertemu Allah Ta'ala dengan 70 dosa engkau denganNya adalah lebih ringan bagi engkau dibanding
kan jika engkau bertemuNya dengan satu dosa engkau dengan hambaNya."2 Penyakit Utama Manusia Akhir Zaman
Dengan pengutusan nabi Muhammad saw sebagai nabi akhir zaman, maka secara outomatik kita menjadi umat akhir zaman.
Sebagai umat akhir zaman, kita telah diramalkan oleh Allah dan rasulNya akan berhadapan Allah 2 penyakit utama yang mudah berjangkit.
Ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah Al-Anbiya' ayat 1:
ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِي غَفۡلَةٖ مُّعۡرِضُونَ
Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).
-Surah Al-Anbiya', Ayat 1
Berdasarkan firman Allah di atas, telah dekat hari perhitungan amal manusia, iaitu hari kiamat. Walaupun realiti demikian, ramai manusia yang tidak sedar. Apa sebabnya?
Sebabnya mereka telah dijangkiti oleh 2 penyakit utama manusia akhir zaman, iaitu:
1. Penyakit Ghaflah atau Lalai
2. Penyakit I'rad atau berpaling daripada Allah, akhirat dan agamaNya.
Comments
Post a Comment