Nota Aug (6) - Ustaz Dr. Firdaus - 7 Peristiwa Sejarah Penting Terjadi Pada Bulan Muharram , Hadis tentang Muharram

 7 Peristiwa Sejarah Penting Terjadi Pada Bulan Muharram.

Bulan Muharram adalah bulan yang penuh sejarah. Banyak peristiwa penting yang terjadi padanya.

1. Taubat Nabi Adam As Diterima Allah Swt

2. Kapal Nabi Nuh As Berlabuh Di Bukit Juudi

3. Nabi Ibrahim As Selamat Daripada Seksaan Namrud.

4. Nabi Yusuf As Dikeluarkan Dari Penjara.

5. Nabi Yunus As Selamat Keluar Daripada Perut Ikan Paus.

6. Penyakit Nabi Ayyub As Disembuhkan Allah Swt.

7. Nabi Musa dan Kaumnya Selamat Daripada Firaun dan Bala Tenteranya.

***********************************************************************************

Apakah pelajaran paling besar daripada hijrah?

Pelajaran hijrah paling besar tetap "Jangan Bersedih" selama Allah masih bersamamu.

Jangan takut siapa pun selama kamu berada dalam kebenaran.

Ketika hatimu penuh dengan keyakinan kepada Allah, hilanglah segala ketakutan, menjadi ringan lah segala kesusahan dan kamu akan berada dalam penjagaan Yang tidak pernah lalai dan tidur.


*************************************************************************************


Hadis tentang Muharram

Bulan Muharram merupakan bulan haram 

Dari Abu Bakrah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Sesungguhnya waktu telah berputar sebagaimana sepatutnya, hal itu ditetapkan pada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Dalam setahun ada dua belas bulan, diantaranya ada empat bulan yang mulia. Tiga darinya berturut-turut, yaitu Dzul Qae’dah, Dzul Hijjah, Muharram, dan Rajab yang biasa diagungkan Bani Mudhar iaitu antara Jumadal Thani dan Sya’ban. (Sahih Bukhari no. 4294)

Bulan Muharram merupakan bulan yang paling utama berbanding dengan bulan haram yang lainnya

Dari Abu Dzar radhiyallahu anhu dia berkata:

سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ اللَّيْلِ خَيْرٌ؟ وَأَيُّ الْأَشْهُرِ أَفْضَلُ؟ فَقَالَ: خَيْرُ اللَّيْلِ جَوْفُهُ، وَأَفْضَلُ الْأَشْهَرِ شَهْرُ اللَّهِ، الَّذِي تَدْعُونَهُ الْمُحَرَّمَ

“Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam yang manakah malam yang paling baik dan yang manakah bulan yang paling utama? Baginda sallallahu alaihi wa sallam bersabda sebaik-baik malam itu pertengahannya dan sebaik-baik bulan adalah bulan Allah yang kalian sebut dengan bulan Muharram”. (HR. Nasai, sahih)

Anjuran memperbanyakkan puasa di bulan Muharram

Dari Abi Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dia bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam”. (Sahih Muslim no. 1163)

Comments