Nota Aug (4) - Ustaz Dr. Firdaus - Kemanisan solat, zikir + Al Quran, Keyakinan Kunci Kejayaan

Cari Kemanisan Pada 3 Perkara

Di mana kemanisan anda temukan? Pada makanan? Pada melancong? Pada beriadah? Pada bersembang dengan kawan?

Apabila seseorang hanya merasakan kemanisan hidup pada perkara duniawi, seperti di atas, maka sesungguhnya dia telah tertipu.

Kemanisan hidup yang hakiki ada pada 3 perkara berikut. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Iman Al-Hasan Al-Basri.

تفقدوا الحلاوة في ثلاثة أشياء: في الصلاة، وفي الذِّكر، وفي قراءة القرآن .. فإن وجدتم وإلاَّ فاعلموا أنَّ الباب مغلق !

"Carilah kemanisan pada 3 perkara : (1) Pada solat, (2) Pada berzikir, (3) Pada membaca Al-Quran. Maka jika kamu menemukannya, (beruntunglah kamu). Jika tidak, maka ketahuilah pintu (kemanisan itu) tertutup."

Ertinya, orang yang tidak merasakan kemanisan pada salah satu daripada 3 perkara itu, maka pintu kemanisan hakiki telah tertutup daripadanya.

Selain itu, ini menunjukkan bahawa amal ibadah seperti solat, zikir dan membaca Al-Quran itu mempunyai rasa tersendiri.

Ia hanya dirasakan oleh orang yang istiqamah beramal dengan amalan tersebut dan menjaga kesempurnaannya. 

.............................................................

Keyakinan Kunci Kejayaan

Tadabbur Al-Baqarah Ayat 2

ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ

Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

-Surah Al-Baqarah, Ayah 2

Tadabbur Ayat:

1. Sesuatu baru akan memberi manfaat jika ia diyakini sebagai sesuatu yang bermanfaat.

2. Keraguan akan mengurangkan atau menghilangkan keberkesanan sesuatu, walaupun ia pada asalnya bermanfaat.

3. Orang yang bertakwa adalah orang yang suka mengambil pendekatan preventif dalam hidupnya.

4. Al-Quran adalah kitab petunjuk kepada tindakan-tindakan preventif dalam kehidupan manusia. Jika manusia mengikuti dan mengamalkannya, mereka pasti akan berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.


*********************************************************

Dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah adalah rezeki yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.

***

Hidup dekat dengan Al-Quran membawa keberkatan dan kebahagiaan.

Allah berfirman :

وَهَٰذَا كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ مُبَارَكٞ فَٱتَّبِعُوهُ وَٱتَّقُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Dan ini adalah Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan dengan penuh berkah. Ikutilah, dan bertakwalah agar kamu mendapat rahmat,"

-Surah Al-An'am, Ayah 155


Comments